5 Okt 2012

Sassy's Birthday Party!

Di PDK Taman Ehsan ini juga tidak lupa membuat sambutan hari lahir untuk pelatih PDK disini.Pada hari Rabu yang lalu, sambutan Hari Lahir Sassy telah dijalankan di PDK bersama dengan guru pelatih dari IPG IK. sambutan sangat meriah. Semua guru pelatih bergembira bersama menyanyikan lagu, bergambar dan memotong kek bersama dengan Sassy.
 
Happy Birthday, SASSY! :)




p/s : Semoga panjang umur, Sassy! May God bless you :)

Rawatan Kesihatan

Pusat PDK Taman Ehsan juga menerima kunjungan daripada pihak Klinik Kesihatan daerah untuk pemeriksaan berkala untuk para pelatih di sini. Antara pemeriksaan yang dijalankan ialah pemeriksaan BMI, rawatan pergigian dan pemeriksaan kesihatan. Selain itu, pihak pasukan jururawat dari PPUM juga sering ke sini untuk melaksanakan beberapa siri lawatan untuk para pelatih PDK.

Berikut merupakan sedikit gambaran ketika pihak Klinik datang menjalankan pemeriksaan kesihatan :-

Rawatan pemeriksaan

Ketibaan jururawat ke PDK Taman Ehsan

Perbincangan jururawat bersama ibu bapa

Akhir kata, semua pihak memainkan peranan penting dalam memartabatkan anak-anak istimewa. Sekian, terima kasih

Kunjungan persahabatan dari Indonesia - MALINDO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada hari Rabu, 4 Oktober 2012, dua orang pensyarah dari Indonesia diiringi oleh seorang pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGIK) telah berkunjung ke Pusat PDK Taman Ehsan. Mereka ingin melihat bagaimana pusat pemulihan di Malaysia beroperasi serta berkongsi pendapat mengenai penambah baikkan yang boleh dibuat bersama-sama.

Perkongsiaan idea dan pendapat telah dijalankan pada pukul 3 petang. Walaupun perkongsiaan hanya sekejap namun ia amat bermakna kepada guru pelatih IPG IK dalam usaha untuk menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Kami juga ada berbincang mengenai perbezaan infrastruktur pusat pemulihan kanak-kanak istimewa di Malaysia dan di Indonesia. Diharapkan perkongsiaan tersebut membawa makna yang besar kepada guru pelatih IPG IK.

Berikut merupakan sedikit gambar Pak Damri bersama guru pelatih IPG IK :-




Hubungan kerjasama MALAYSIA-INDONESIA


Terima kasih kerana sudi berkunjung kesini, PDK Taman Ehsan. :)


4 Okt 2012

Aktiviti Bakti Siswa IPG IK di PDK Taman Ehsan


Pada minggu ini, PDK Taman Ehsan telah menerima kunjungan guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) selama 6 hari. Pelbagai program yang dilaksanakan sepanjang mereka berada di sini. Antaranya adalah seperti berikut:

Program Keceriaan
Menceriakan kawasan PDK agar nampak lebih ceria dan membuatkan pelatih suka untuk hadir ke PDK setiap hari. Antara perkara yang dilaksanakn di bawah projek keceriaan adalah seperti mengecat pagar hadapan, lukisan mural, menanam tanaman dan menampal beberapa bahan bantu mengajar untuk menceriakan suasana di dalam PDK.
Dinding asal

Mengikis cat lama pada dinding


Dinding dicat dengan lapisan pertama
Mengecat untuk lapisan kedua

Melukis mural


Mengecat pagar utama

Pagar kedua

Membersihkan kawasan TamanFirdausi

Membajak tanah

Membina batas untuk projek penanaman pokok bunga

Program Homebased 
Guru pelatih IPG IK telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melihat sejauh mana proses pendidikan pelatih PDK berlaku di rumah. Rumah pertama yang dikunjungi adalah rumah seorang pelatih yang bernama Hakim. Hakim menghidapi Ceberal Palsy dan pelatih PDK yang kedua adalah Daniel. Daniel pula mengalami masalah ADHD dan Autisme.

Berikut merupakan gambar-gambar semasa menjalankan aktiviti tersebut.

Aktiviti melukis

Hasil lukisan Hakim
Apa yang dapat disimpulkan disini adalah, setiap keluarga pelatih PDK disini sangat menitikberatkan taraf pendidikan kepada anak mereka. Mereka sebagai ibu bapa bersifat sangat positif, produktif serta mengambil pelbagai ruang dan peluang dalam usaha membantu memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tahniah diucapkan daripada kami kerana begitu banyak bersabar dalam usaha untuk mengasuh dan mendidik insan syurga seperti mereka. InsyaAllah, Tuhan akan membantu anda kelak.

Program Akademik
Kami menjalankan tiga jenis terapi semasa berkampung selama 6 hari di sini. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut.

1. Penanaman Pokok Bunga Hiasan

Menunjukkan cara penanaman pokok

Pelatih PDK cuba melakukan sendiri
2. Pembuatan pasu bunga melalui kertas terpakai

Pelatih ditunjukkan cara membuat pasu bunga melalui kertas terpakai

Aktiviti koyakkan kertas untuk menguatkan tangan

3. Mengekspresikan perasaan bersama Mr.Jaja The Clown
Aktiviti bersama badut

Pelatih PDK cuba bersama.


Segala aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan. Semua aktiviti tersebut berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama kepada kami.

3 Okt 2012

Warga PDK Taman Ehsan

Dibawah merupakan carta organisasi PDK Taman Ehsan. Sila rujuk carta dibawah :-




CARTA ORGANISASI PDK TAMAN EHSAN, KEPONG

PENAUNG
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

PENASIHAT / PENYELARAS
PEGAWAI JKM DAERAH GOMBAK

PENGERUSI
TUAN HAJI JAMIL BIN HAJI MUSTAFA

SETIAUSAHA
ENCIK MOHD SYUKRI BIN IDRUS

BENDAHARI
ENCIK RAMLAN BIN OMAR
PUAN FAZLIANA BINTI SUFIAN

PENYELIA 
PUAN SYARIFAH KHALIDAH HANAM

PETUGAS
PUAN ROKIAH
PUAN NAFISAH
PUAN ROSLINA
PUAN FAZLIANA

AHLI JAWATANKUASA
ENCIK ABD RAUF B. MOHD TAJURI
PUAN SARIPAH BT KUNJU AHMAD
RASYIDAH BT RAHMAN
PUAN CHONG YOKE KUM
PUAN ONG BEE LENG
PUAN WONG SEOW YEAN
ENCIK MOHD SUHAIRI B AHMAD SAUPIAN
PUAN AZIMAH ALI
PUAN POH POH LAN
PUAN CHONG KIM MAY
ENCIK SALLEHUDDIN BIN AHMAD
PUAN ALICE TAN AH SUAN

JURUAUDIT
MEGAT MUHAMMAD SYAHFIZ B. AHMAD
PUAN NOOR PIDA BTE HAJI RAIMI


PELATIH

Autisme - 5 orang

Cebral Palsy - 4 orang
Down Syndrome - 3 orang
Slow Learner - 1 orang


Petugas PDK Taman Ehsan bersama-sama guru pelatih IPG Kampus Ilmu Khas yang pernah menjalankan khidmat siswa disini.

Pengenalan Kepada PDK Taman Ehsan

SEJARAH PDK TAMAN EHSAN, KEPONG
Pada tahun 2004, para ibu bapa komuniti Taman Ehsan telah bekerjasama memulakan usaha untuk menubuhkan sebuah pusat kanak-kanak istimewa iaitu PDK Taman Ehsan.  Sebelum penubuhan Pusat PDK Taman Ehsan ini, kebanyakkan murid pada asalnya belajar di Pusat PDK Selayang.  Ini diakui sendiri oleh Puan Shariffah Halidah selaku salah seorang sukarelawan di Pusat PDK tersebut.  Apabila bilangan murid semakin bertambah, maka pihak Pusat PDK Selayang telah mencadangkan agar diwujudkan sebuah Pusat PDK di Taman Ehsan.  Ini adalah kerana kebanyakkan murid tersebut datangnya dari sekitar Taman Ehsan.  Oleh yang demikian, usaha untuk menubuhkan pusat PDK telah dimulakn pada tahun 2004.

Langkah pertama yang dilakukan pada masa itu adalah menubuhkan sebuah jawatankuasa penaja dan mencari sebuah tempat yang sesuai untuk dijadikan bangunan PDK. Bagi memastikan hasrat untuk menubuhkan PDK menjadi kenyataan, rumah Tuan Haji Jamil (pengerusi sekarang) ini telah digunakan sebagai bangunan PDK Taman Ehsan.  Setelah bertapak di rumah tersebut, PDK Taman Ehsan telah berpindah ke sebuah kawasan dengan jasa baik Ketua Cawangan UMNO Taman Ehsan iaitu di sebuah bangunan yang berfungsi sebagai Bilik Gerakan UMNO Cawangan Taman Ehsan, Kepong.

SEJARAH PENUBUHAN
PDK Taman Ehsan telah memulakan operasinya secara “ad hoc” mulai 1 Julai 2005.  Penubuhannya adalah susulan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja serta penubuhan Jawatankuasa PDK Taman Ehsan yang telah diadakan di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Taman Ehsan Kepong pada 16 April 2005.  Akhirnya, pihak PDK Taman Ehsan telah mendapat kelulusan penubuhannya pada Oktober 2006.

Penubuhannya adalah bertujuan untuk menjalankan Program Pemulihan, Pembelajaran, Latihan dan Pembangunan untuk Kanak-kanak Kurang Upaya (KKU) dan Remaja Kurang Upaya (RKU) terutamanya kepada mereka yang Kurang Upaya Mental (Intellectually Disabled) dan Kurang Upaya Fizikal (Physically Disabled). Objektif program ini adalah untuk membimbing murid agar dapat mengurus diri sendiri tanpa bantuan sepenuhnya dari orang lain dan belajar untuk hidup berdikari apabila dewasa kelak.

Terdapat empat (4) kategori murid yang telah dikenalpasti di awal pengoperasian PDK ini ialah Autisme, Cerebral Palsy, slow Learner dan Down Syndrome.  Secara terperinci, terdapat 5 kes melibatkan kecacatan Autisme, 4 kes Cerebral Palsy, 1 Slow Learner dan 3 kes Down Syndrome. Walaupun jika diteliti dari nisbah guru : murid sememangnya tidak mencukupi dari segi pengendalian. Namun begitu, dengan adanya penyelia, 3 guru dan seorang pembantu pada waktu itu, kami dapat menguruskannya secara bersama-sama walaupun yang mendapat elaun hanyalah 3 orang sahaja. 

Kini Pusat PDK Taman Ehsan, mempunyai 16 orang murid yang berdaftar dan malangnya hanya ada 3 orang pengendali sahaja. Kesulitan ini berlaku kerana dua orang pengendali telah berhenti. Ini bermakna kami  bertiga terpaksa melakukan tugas mengajar, mengasuh dan bertugas di dapur. Kami telah memohon peruntukan guru tambahan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Namun begitu setakat ini tidak ada maklum balas dari pihak tersebut. Untuk mendapatkan pembantu pula, kami menghadapi masalah kerana tidak ramai yang sanggup mendekati golongan OKU kecuali kaum/ahli keluarga sendiri.  Kami juga menghadapi kesulitan kewangan untuk tujuan membayar gaji semua pekerja di PDK ini.


SUMBANGAN
Setelah sekian lama ditubuhkan, pelbagai pihak menyalurkan sumbangan tidak kira dalam bentuk kewangan atau kebendaan serta tenaga.  Antaranya ialah, FRIM berbesar hati menyumbangkan pelbagai jenis peralatan yang amat diperlukan oleh pihak kami seperti peti ais, televisyen, alat pemain CD, sebuah kipas angin serta sebuah dapur untuk memasak.  Guru-guru pelatih dari IPG Kampus Ilmu Khas juga sering dihantar ke sini untuk membuat bakti siswa dengan membantu kami mencantikkan kawasan PDK yang ada serta menganjurkan beberapa aktiviti bersama.
 
KEMUDAHAN 
Pusat PDK Taman Ehsan mempunyai 5 bahagian utama iaitu ruang aktiviti, ruang makan dan dapur, ruang terapi, pejabat dan padang. Ruangan aktiviti terletak di bahagian depan bangunan PDK Taman Ehsan. Ruang ini berfungsi sebagai tempat petugas dan murid PDK menjalankan aktivi seperti perhimpunan, senam robik, kelas seni, kelas remaja dan kelas pengurusan diri. ruangan ini juga memuatkan info-info mengenai PDK, profil warga PDK dan isu semasa yang berkaitan serta hasil kerja murid.


Dapur dan Bilik Air


Ruang aktiviti
Ruang makan dan dapur terletak di bahagian tengah bangunan PDK. Di sini pelatih dan murid melaksanakan aktiviti seperti makan, masak dan menguruskan dapur bagi menyediakan kemahiran berdikari kepada murid PDK sebagai persediaan kepada mereka.

Aktiviti terapi yang dilaksanakan seperti terapi fisio, terapi muzik, terapi multi sensori dan terapi cara kerja di jalankan di bahagian belakang bangunan PDK iaitu di ruangan terapi. Pebagai peralatan dan bahan terapi di sediakan di sini sebagai bantuan kepada murid PDK yang menjalankan terapi.
Ruang Terapi
Bagi urusan rasmi PDK serta pentadbiran, penyelia PDK menjalankan aktiviti di pejabat PDK yang terletak dalam kontena di belakang bangunan. kelengkapan yang terdapat di pejabat PDK seperti komputer, printer, dan lain-lain membantu penyelia mengurus dan menyediakan keperluan PDK.


PDK Taman Ehsan mempunyai sebuah padang yang luas dan cantik. Padang berfungsi sebagai kawasan riadah dan sukan kepada murid PDK seperti bocce, lompat berdiri dan aktiviti sukaneka. Terdapat taman refleksiologi dan taman herba yang dikenali sebagai taman firdausi yang berfungsi sebagai hiasan dan rekreasi kepada PDK.

Taman Refleksoligi dan padang
 
LOGO
 
Kesimpulannya, PDK Taman Ehsan masih beroperasi sehingga ke hari ini. InsyaAllah pada masa akan datang juga banyak penambahbaikkan akan dibuat dari semasa ke semasa. 
Terima kasih.

2 Okt 2012

Pengenalan Kepada Pemulihan Dalam Komuniti

Sejarah Penubuhan PDK
Salah satu kaedah pemulihan yang diterima pakai oleh WHO dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah kaedah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berasaskan terjemahan asalnya Community Based Rehabilitation System (CBR). Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P. Mendis dan G. Nelson yang telah menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300 muka.

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual tersebut ini apabila pada tahun 1983 Malaysia telah diwakili oleh seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang Pegawai Perubatan untuk meneliti draf manual berkenaan dan seterusnya memberikan peluang menilai dan mengubahsuaikan pelaksanaan kaedah ini di suatu Mesyuarat Kumpulan Pakar (Expert Group Meeting) anjuran WHO di Manila.

Hasilnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu khususnya, menjalankan satu projek perintis PDK di Batu Rakit berasaskan hasil kajian ke atas profile orang kurang upaya yang terdapat di Mukim  Batu Rakit. Kajian itu dijalankan dengan kerjasama semua peringkat penduduk dan Jabatan Kerajaan di mukim tersebut dan melibatkan penduduk daripada sembilan (9) buah kampung sejumlah 17,149 orang. Hasil kajian menunjukkan sejumlah 275 orang kurang upaya dikenalpasti dan merupakan 1.65% daripada penduduk mukim berkenaan.

Hasil daripada kajian tersebut telah meyakinkan Jabatan untuk dengan ramainya melancarkan program PDK pada tahun 1984 oleh YB. Menteri Kebajikan Masyarakat ketika itu. Pada peringkat awal pelancaran, Batu Rakit telah dikenalpasti memandangkan mukim tersebut mempunyai faktor-faktor yang sesuai untuk kajian dan juga disebabkan insiden kurang upayaan yang ramai di Daerah Kuala Terengganu ketika itu. PDK ketika di peringkat pelaksanaan awalnya hanya melibatkan seramai 55 kes orang kurang upaya kini telah meningkat perkembangannya dengan berlipat kali ganda dan melambangkan satu kaedah pemulihan orang kurang upaya di negara ini.